KEUNTUNGAN TH PLANTATIONS MELONJAK HINGGA 150% DI BAWAH KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL
Masih ingat bagaimana Pakatan Harapan meluluskan penjualan ladang milik anak syarikat Tabung Haji seluas 77 ribu hektar suatu ketika dahulu?
PH seringkali menjaja cerita bahawa jika ladang-ladang ini tidak dijual, ianya akan membuatkan syarikat TH Plantations akan muflis.
Ternyata ini semua adalah kesimpulan dangkal PH semata-mata.
Semasa lawatan kerja saya ke Sabah, saya sendiri telah melawat ladang-ladang milik anak syarikat Tabung Haji ini.
Ladang-ladang ini ditinggalkan dalam keadaan yang menyedihkan, dibiarkan tidak terjaga dan tidak dibaja selama hampir 2 tahun semasa kerajaan dahulu kerana ingin dijual.
Ibarat lembu yang kurus, kalau dijual dapatlah harga lembu kurus. Tetapi jika dijaga, diberi makan yang cukup, bahkan dibiakkan pula, pemiliknya pasti akan dapat keuntungan berganda, dalam bentuk susu, daging dan anak-anak lembu, yang akhirnya akan memberi manfaat kepada lebih ramai orang.
Kalaulah 77 ribu hektar ladang-ladang milik Kumpulan TH Plantations Berhad (THP) ini dijual, berapa banyak aset dan ekuiti orang Islam akan tergadai? Berapa ramai anak-anak Melayu Bumiputera kita akan hilang pekerjaan?
Setelah kajian dibuat, perancangan jualan aset oleh PH telah dihentikan, antaranya penjualan ladang-ladang milik THP seperti penjualan Bumi Suria Ventures Sdn Bhd dan Maju Warisanmas Sdn Bhd kepada syarikat Tamaco.
Aset-aset perladangan yang selama ini diabaikan semasa pemerintahan kerajaan PH telah dipulihkan dan disatukan untuk menambah baik operasi dan nilai syarikat.
Inisiatif transformasi untuk meningkatkan kecekapan pengurusan dan operasi seperti program mekanisasi di ladang-ladang, penambahbaikan aset di kilang-kilang, aktiviti pembajaan serta program penanaman semula sedang dilaksanakan.
Hasilnya, Kumpulan THP terus menunjukkan peningkatan prestasinya pada tahun kewangan 2021 berbanding tahun 2020. Ini dapat dilihat daripada peningkatan pendapatan sebanyak 37% daripada RM555 juta pada tahun 2020 kepada RM761 juta pada tahun 2021.
Keuntungan sebelum cukai Kumpulan THP juga telah melonjak sebanyak 150% daripada RM54 juta pada tahun 2020 kepada RM138 juta pada tahun 2021. Prestasi Kumpulan THP terus cemerlang pada separuh pertama tahun 2022 di mana pendapatannya meningkat sebanyak 46% berbanding separuh pertama tahun 2021.
Bagi PH, ladang-ladang ini adalah satu beban. Bagi kami, ladang-ladang ini adalah aset-aset milik Tabung Haji yang sangat berpotensi untuk dibangunkan. Sekiranya ia dijual, mana mungkin keuntungan daripada aset-aset ini dapat dirasai oleh 8.6 juta pendeposit Tabung Haji yang juga adalah umat Islam.
Datuk Ahmad Marzuk Shaary
4 November 2022
#TabungHaji
#AsetTH
#THPlantations
#AgensiAgama
#PrihatiN
#PerikatanNasional
#BersihdanStabil
#PNBEST
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=689626379391072&id=100050311487174

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-05 13:08:54
#pas
#pas
0 Comments