LEBIH 16 RIBU PENGUNDI MUDA GUNA KHIDMAT BAS PERCUMA
TUMPAT - Exco Belia Kerajaan Negeri Kelantan YB Wan Roslan Wan Hamat memaklumkan lebih 16,000 pengundi muda dalam kalangan mahasiswa dan anak perantau Kelantan pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan menggunakan bas yang disediakan secara percuma.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor itu juga berterima kasih kepada para mahasiswa dan mahasiswi yang sanggup pulang mengundi pada 19 November lalu.
"Sebanyak 430 bas disewa khas berulang alik selama tiga hari membawa pengundi pulang sehingga malam Sabtu lepas," katanya selepas meraikan mereka dalam Program Ttemu Mato dan Make Tea di Restoran D'Terapung 7 di Pantai Sri Tujoh, Sabtu lalu.
Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita1ptg



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-21 05:12:41
#semasa
#semasa
0 Comments