Ticker

6/recent/ticker-posts

PENYOKONG PN BERJAMU, RAI KEMENANGAN



PENYOKONG PN BERJAMU, RAI KEMENANGAN

PASIR PUTEH - Beberapa penyokong Perikatan Nasional Pasir Puteh mengadakan jamuan kesyukuran atas kemenangan besar yang diraih dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

Ahli Parlimen Pasir Puteh, YB Dr Nik Zawawi Salleh sempat memenuhi undangan jamuan tersebut semalam.

Beliau menzahirkan rasa syukur dan merakamkan ucapan terima kasih kepada 52,937 pengundi di Pasir Puteh.

Katanya, kemenangan besar dengan majoriti 29,109 undi itu adalah kejayaan yang terhasil atas usahasama semua pihak terutamanya pengundi luar, pengundi tempatan, petugas dan jentera pilihanraya yang bekerja kuat.

"Kita sama-sama istiqamah agar kemenangan ini dapat dicapai bila-bila masa sahaja," ujarnya selepas diumumkan sebagai calon yang memenangi kerusi Parlimen Pasir Puteh, 19 November lalu.

Ikuti berita di dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg







(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-21 01:13:39

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments