Ticker

6/recent/ticker-posts

MASYARAKAT PERLU MANFAATKAN TEKNOLOGI DIGITAL - EXCO BELIA



MASYARAKAT PERLU MANFAATKAN TEKNOLOGI DIGITAL - EXCO BELIA

PENGKALAN KUBOR - Kemudahan teknologi digital yang disediakan kerajaan negeri perlu dimanfaatkan oleh masyarakat khususnya para peniaga dan usahawan.

Demikian menurut, Exco Belia, Sukan dan NGO, YB Ustaz Wan Roslan Wan Hamat ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Jelajah Go Digital MPUK Tumpat di Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor, semalam.

Katanya, matlamat kerajaan negeri melalui projek itu adalah ke arah mewujudkan masyarakat tanpa tunai di Kelantan dengan membabitkan usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

"Kerajaan negeri melalui Kelantan ICT Gateway sentiasa memberi penekanan dalam aspek peningkatan ilmu dan kemahiran berkaitan teknologi, ICT dan digital kepada rakyat Kelantan melalui program penggalakan sains dan teknologi, program latihan dan seminar di semua peringkat dan juga program pertukaran dan pemindahan teknologi dalam bidang IR4.0 seperti robotik dan teknologi dron.

Program yang diadakan ini adalah salah satu inisiatif kerajaan negeri dalam menyediakan platform kepada peniaga dan usahawan bagi menggalakkan usahawan PMKS menggunakan platform digital untuk urusan perniagaan," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor.

Tambahnya, antara kelebihan lain ialah mewujudkan masyarakat digital yang inklusif bertujuan untuk mengembangkan penerimagunaan pembayaran secara elektronik oleh peniaga dan juga rakyat.

Berhubung perkara yang sama katanya, selain itu untuk meningkatkan daya saing ekonomi melalui pendigitalan yang bertujuan memudah cara penerimaan digital, akses dan penggunaan teknologi digital yang berkesan bagi perniagaan, industri dan masyarakat.

Hadir sama, ADUN Wakaf Bharu, YB Mohd Rusli Abdullah, ADUN Kelaboran YB Mohd Adanan Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMBK, Abd Rashid Mohd Yusoff serta wakil-wakil jabatan.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg







(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-17 01:33:37

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments