Ticker

6/recent/ticker-posts

TOP GUN FP 300, MODEL DRON TERKINI DALAM TEKNOLOGI PERTANIAN



TOP GUN FP 300, MODEL DRON TERKINI DALAM TEKNOLOGI PERTANIAN

PASIR PUTEH – Penggunaan teknologi dron dalam bidang pertanian semakin giat dijalankan, semalam telah berlangsung Program Demonstrasi Dron Pertanian Model Terkini Top Gun FP 300 kepada Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan Semerak di Kampung Golok, semalam.

Dalam program tersebut telah berlangsung demo menabur benih dibendang yang bertujuan mendedahkan masyarakat tani mengenai kepentingan teknologi terkini dalam bidang pertanian khususnya dalam penggunaan dron dan teknik pertanian yang tepat bagi memaksimumkan hasil keluaran mereka.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Negeri Kelantan YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, selain dapat meningkatkan kemajuan dalam pertumbuhan ekonomi pertanian negeri, penggunaan teknologi tersebut juga dapat membantu meningkatkan pendapatan kepada petani, nelayan, penternak dan usahawan tani.

"Dalam aspek menyokong usaha Kerajaan Negeri meningkatkan lagi produktiviti tanaman terutamanya padi, Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) telah bekerjasama dengan syarikat pengeluar Dron Pertanian terkenal dalam negara untuk menghasilkan model Top Gun FP 300 untuk digunapakai dalam sektor pertanian di negeri ini," katanya.

Para petani yang berminat membeli dron melalui pembiayaan institusi perbankan boleh menghubungi www.wasap.my/+60139587844/dron

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita1ptg







(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-17 05:23:11

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments