PARLIMEN KETEREH TAMPILKAN PERTANDINGAN EMPAT PENJURU
KETEREH - Kerusi Parlimen Ketereh menampilkan pertandingan empat penjuru antara calon Perikatan Nasional (Bersatu-PN), Barisan Nasional (Umno-BN), Pakatan Harapan (PKR-PH) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang-PUTRA) yang berlangsung di Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam, hari ini.
Pertandingan antara Calon PN, Mejar Jeneral (B) Datuk Khlir Mohd Nor, BN, Marzuani Ardila Ariffin, PH, Rahimi L. Muhamud dan PUTRA, Haneef Ibrahim bakal menarik perhatian awam untuk mengetahui siapakah calon yang berjaya meraih undi majoriti apabila calon muka baharu dikemukakan.
Proses penamaan calon selesai pada jam 10.30 pagi yang diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd Anis Hussein.
Calon PN, Mejar Jeneral (B) Datuk Khlir ketika ditemui media merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama dari awal sehingga proses penamaan calon berjalan lancar dan sempurna.
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-05 08:43:39
#semasa
#semasa
0 Comments