Situasi serupa juga dapat dilihat di Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah, yang terletak di Batu Aji, Batam, Indonesia.
Masjid tersebut merupakan yang terbesar di Sumatera dibina oleh Wali Kota Muhammad Rudi pada 2017.
Pembangunan masjid tersebut dimulai dengan peletakan batu asas pada 30 April 2017 di kawasan seluas lebih empat hektar dan dibuka kepada umum pada September 2019. Ia boleh menampung sehingga 25,000 jemaah.Menurut penduduk tempatan masjid iterbabit dibangun untuk menampung pekerja kawasan industri yang menghadapi masalah untuk menunaikan solat Jumaat kerana lokasi masjid yang ada begitu jauh.
Masjid terbabit diberi nama Sultan Mahmud Riayat Syah, dengan mengambil kira sebagai pahlawan terkenal pada era pemerintahan Sultan Johor-Pahang-Riau-Lingga abad ke-18.
Sebanyak lapan khemah seperti payung yang dibina setinggi 17 meter bersebelahan bangunan dewan solat berbeza dengan Masjid Nabawi kerana ia statik dan tidak boleh dibuka dan ditutup.Kewujudan payung gergasi terbabit menambah lagi keistimewaannya kerana merupakan yang terbesar di rantau ini. Manakala dewan solat pula luas mata memandang tanpa tiang di bahagian tengah masjid.
Masjid tersebut mempunyai keluasan 57,114 meter persegi turut dilengkapi menara tinjau bagi membolehkan orang ramai melihat persekitaran kawasan berkenaan.Halaman masjid juga tumpuan orang ramai beriadah pada sebelah petang termasuk masyarakat bukan Islam. Ia menjadi laluan berjogging bersama keluarga dan anak-anak bermain..





0 Comments