Ticker

6/recent/ticker-posts

PROJEK TERNAK BSF RANCAK BEROPERASI – EXCO KERAJAAN TEMPATAN KOTA DARULNAIM – Projek penternakan Bl...



PROJEK TERNAK BSF RANCAK BEROPERASI – EXCO KERAJAAN TEMPATAN

KOTA DARULNAIM – Projek penternakan Black Soldier Fly di Tapak Pelupusan Beris Lalang sedang rancak beroperasi dan hasilnya 1.9 tan larva dapat dikeluarkan pada Julai dengan penggunaan 6 tan sisa organik (kitchen waste).

"Kemudian pada Ogos, hasilnya meningkat kepada 2.1 tan larva dengan penggunaan 6.6 tan sisa organik. Angka ini dijangka akan meningkat dalam tempoh berikutnya sejajar dengan usaha yang dirancang oleh pihak operator iaitu Pengurusan Sisa Pepejal Mubaarakan Sdn Bhd sebagai sebuah syarikat tujuan khas (special purpose vehicle) yang ditubuhkan oleh Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd, syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan, khusus untuk mengendalikan projek pengurusan sisa pepejal di Kelantan."

Demikian menurut Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan Dato' Dr Izani Husin ketika menjawab persoalan yang diajukan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) Jelawat, YB Abdul Azziz Kadir berkenaan dengan perkembangan terkini projek tersebut dalam Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal yang Kelima Dewan Negeri Kelantan Ke empat belas, hari pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Dato' Dr Izani juga, bermula Jun 2023, pihak operator mensasarkan hasil lima tan larva sebulan sebelum pembesaran kawasan ternakan dilakukan. Ini selari dengan matlamat pihak operator untuk membantu Kerajaan Negeri umumnya dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khasnya untuk mengurangkan sisa organik daripada di hantar ke tapak pelupusan.



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-24 08:41:22

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments