Ticker

6/recent/ticker-posts

Sarapan Bersama Tokoh Masyarakat dan Calon, Bukit Mertajam



Sarapan Bersama Tokoh Masyarakat dan Calon, Bukit Mertajam

Saya sebenarnya mempunyai kerisauan terhadap calon-calon Melayu yang dipergunakan oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini. Jika kita menelusuri sejarah, DAP yang mula ditubuhkan pada tahun 1966 hakikatnya berasal daripada Parti Tindakan Rakyat (PETIR / PAP) di Singapura.

Strategi PAP bagi menawan Singapura ketika zaman kemerdekaan dahulu adalah dengan menonjolkan orang-orang Melayu seperti Yusof Ishak sebagai Presiden Singapura dan Othman Wok sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi menarik sokongan orang Melayu.

Malahan Lee Kuan Yew, bekas Perdana Menteri Singapura sendiri boleh membaca Jawi dan mengenakan songkok, sehingga membuatkan masyarakat Melayu Singapura tertarik dan akhirnya mereka mengundi PAP.

Tunku Abdul Rahman melihat perkara ini sebagai ancaman, termasuk apabila PAP mula membuka cawangannya di Semenanjung Malaysia. Lalu Tunku mengambil keputusan besar dengan mengeluarkan Singapura dari Malaysia.

Selepas itu, PAP yang berada di Malaysia pun ditukarkan nama kepada DAP. Maka, DAP dalam Pakatan Harapan (PH) menggunakan taktik yang sama apabila mereka mempergunakan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sepertimana PAP pernah mempergunakan Yusof Ishak sebagai Presiden Singapura.

Justeru, saya sangat berharap supaya orang Melayu sedar dan faham akan perkara ini. Kebanyakan orang Cina tetap akan mengundi DAP walaupun calonnya bukan berbangsa Cina kerana orang Cina menyokong parti atau ideologi, sementara orang Melayu pula ramai yang mengundi mengikut calon atau individu, bukannya parti atau ideologi.

Inilah perkara yang harus kita perbetulkan.

#MalaysiaSejahtera
#BersihDanStabil
#BEST
#TurunMengundi















(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-11-15 00:40:04

#pimpinan

#pimpinan

Post a Comment

0 Comments