Allah SWT memberi petunjuk supaya kita tidak berhasad dengki di antara satu sama lain sama ada lelaki atau perempuan.
Walaupun masing-masing diberi kelebihan yang berbeza dari segi ilmu, harta, pangkat, kedudukan dan sebagainya.
Jangan kamu harapkan apa yang Allah SWT telah khususkan kepada orang lain untuk diri kamu dalam urusan dunia sehingga menimbulkan perasaan hasad antara satu sama lain.
Apa yang penting ialah Allah SWT memberikan ganjaran buat semua melalui amal yang telah dilakukan mengikut keikhlasan masing-masing.
Allah SWT memberikan pahala buat mereka yang bersyukur dengan ni'mat dan mereka yang sabar dengan musibah yang menimpa diri mereka.
Berlumba-lumbalah dalam mengerjakan amal kebajikan di tempat masing-masing supaya kita beroleh ganjaran daripada Allah SWT.
Kuliah Duha Jumaat, 6 Jumada al-Akhirah 1444H
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-31 03:20:21
#pimpinan
#pimpinan
0 Comments