Ticker

6/recent/ticker-posts

BUKAN HANYA SURUH RAKYAT KURANG MAKAN AYAM Tidak ada solusi baharu dan konkrit dalam sidang media ...



BUKAN HANYA SURUH RAKYAT KURANG MAKAN AYAM

Tidak ada solusi baharu dan konkrit dalam sidang media Menteri Ekonomi kelmarin mengenai kenaikan harga barang makanan. Beliau telah gagal mengemukakan faktor sebenar kenaikan harga barang makanan sama ada ketiadaan bekalan, kenaikan kos atau peningkatan permintaan.

Malah, beliau juga tidak menyentuh secara keseluruhan langkah-langkah drastik mengurangkan konsistensi kadar inflasi subsektor makanan dan minuman bukan alkohol (7.3% : November 2022) yang menjadi bahagian besar atau 30 peratus daripada perbelanjaan isi rumah.

Harga barang makanan tidak rasional dan memerlukan intervensi serta penguatkuasaan lebih kuat oleh kerajaan. Bukan hanya menyuruh rakyat kurang makan ayam! Mekanisme subsidi bersasar telah disebut oleh YAB Perdana Menteri pada hari pertama pentadbirannya tetapi masih belum dilaksanakan. Rafizi hanya mengulang perkara yang sama.

Bagi isu kenaikan harga telur dan ayam, kemungkinan ia disebabkan oleh pihak penternak yang mengalami masalah kenaikan kos pengeluaran dan aliran modal. Atau, ia juga mungkin disebabkan monopoli dan manipulasi bekalan. Perkara ini tidak disentuh dengan terperinci dalam kenyataan kelmarin.

Langkah mengimport telur tidak menyelesaikan masalah tuntas. Menurut Pengarah Urusan Mydin, harga telur import gred C (50 sen sebiji) lebih mahal daripada telur gred A tempatan (45 sen sebiji). Malah, ia melangkaui harga siling ditetapkan kerajaan. Isu bekalan telur mungkin selesai tetapi masalah utama kenaikan harga yang ditanggung rakyat dan menangani isu monopoli tetap tidak terjawab!

"Malaysia Sejahtera"

YB Ir. Ts. Hj. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Jerantut

Bertarikh: 1 Jamadilakhir 1444 | 25 Disember 2022



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-25 06:44:20

#pas

#pas

Post a Comment

0 Comments