Ticker

6/recent/ticker-posts

DUA BANTUAN DISAMPAIKAN DALAM SATU MAJLIS



DUA BANTUAN DISAMPAIKAN DALAM SATU MAJLIS

KUALA KRAI - Empat pesakit kronik dan dua penerima Bantuan Skim Gerbang Az-Ziwaaj menerima cek di Pusat Khidmat DUN (PKD) Mengkebang, semalam.

Cek disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, YB Muhamad Mat Sulaiman.

Ketika dihubungi katanya, bantuan pesakit kronik diharap dapat meringankan bebanan pesakit dan keluarga. Manakala bantuan Az-Ziwaaj pula mampu mengembirakan pasangan yang baharu menempuh alam perkahwinan.

Turut hadir, Penghulu Mukim Enggong Khaidzir Ibrahim dan Penghulu Tanpa Mukim, Wee Eng Hoe.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita4ptg







(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-14 08:15:11

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments