Oleh Dr Zulkeflee
Yaacob |
VIDEO tular isu
bantahan ‘Justice for Rocky’ di hadapan Balai Polis Klang Selatan ekoran
tindakan penguatkuasa menjalankan operasi penangkapan anjing liar hingga
menyebabkan kematian seekor haiwan menarik minat warga maya mengikuti kisahnya.
Anjing liar ialah anjing yang tidak mempunyai pemilik atau berkeliaran bebas tanpa kawalan. Ia boleh ditemui di kawasan perumahan, kampung, taman, atau kawasan perindustrian.
Pengalaman penulis dikejar anjing waktu usai solat Subuh berkenderaan motosikal dan berbasikal waktu petang di pinggiran kampus di Tanjong Malim tahun 2023 diatasi dengan tidak menggunakan lagi laluan berkenaan.
Risiko gigitan atau cakaran terhadap mangsa anjing liar menyebabkan luka dan kecederaan tanpa dicuci dan dirawat terdedah pada jangkitan seperti rabies atau tetanus.
Pelbagai isu pasca-Madani amat menguji kesabaran dan kebijaksanaan untuk menanganinya terutama isu pencinta haiwan yang lantang membela haiwan seperti anjing.
Nyawa manusia mesti ditegakkan tanpa mengira bangsa, agama, atau latar belakang.
Islam mengajar kita bahawa nyawa manusia adalah amanah. Kesamping anjing liar mati menyebabkan membuat puak ultra kiasu bangkit demo kononnya berlagak sebagai pembela haiwan.
Tetapi mereka berdiam diri dan bisu apabila nyawa orang Islam terkorban akibat pemandu mabuk dan kes bekas anggota Bomba dan Penyelamat arwah Adib.
Anjing liar
Isu anjing bernama 'Rocky' mencetuskan pelbagai spekulasi apabila pihak penguat kuasa menjalankan operasi menangkap anjing liar lalu dihantar ke Pusat Tahanan Haiwan.
Namun, anjing bernama Rocky ditangkap tetapi seorang wanita yang mendakwa sebagai pemilik dan bertindak liar mendesak supaya anjingnya dilepaskan dilihat menghalang tugas penguat kuasa.
Wanita terbabit dilapor membawa pisau yang sederatnya memotong tali penjerut, dan mengancam mencederakan diri sendiri jika anjing tidak dilepaskan serta merta.
Kematian Rocky bukanlah berpunca daripada tindakan sengaja atau niat jahat anggota penguat kuasa, melainkan impak drastik daripada pergelutan dan perbuatan merebut haiwan tersebut ketika proses tangkapan sedang berlaku.
Pergelutan di lokasi berlaku apabila wanita berkenaan mendakwa cuba menarik anjing itu. Status pemilikannya disahkan PBT bahawa wanita itu gagal menunjukkan lesen pemilikan haiwan.
Malah, kenyataannya dilapor sering berubah-ubah kemudian mengaku hanya membantu memberi makan sahaja.
Tragedi dapat dielakkan apabila semua pihak mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP), dan pemilik haiwan perlu menggunakan saluran rasmi undang-undang bukan tindakan melulu mengabai hukum.
Hukuman keras
Di negara asing dikenakan hukuman keras dalam kes berkaitan anjing. United Kingdom (UK) mengkanunkan jenayah terhadap pemilik anjing yang menyerang manusia dan menyebabkan kematian, pemilik anjing dihukum penjara 14 tahun.
Pampasan dan saman sivil mencecah jutaan ringgit. Jika mangsa luka-luka atau cedera, pemilik dipenjara lima tahun. Pampasan parut dan trauma mencecah hingga RM730,000 dan anjing dirampas dan dihukum mati.
Di California dan Florida, Amerika Syarikat dikenakan penjara sehingga lima tahun. Saman sivil jutaan ringgit. Mangsa berhak menyaman pemilik di mahkamah sivil.
Nilai pampasan bagi kos rawatan pembedahan plastik, trauma dan kehilangan pendapatan akibat gigitan anjing di AS sering mencecah ratusan ribu hingga jutaan dolar.
Manakala di Turki pula Datuk Bandar atau pegawai kerajaan tempatan yang enggan atau gagal membersihkan anjing liar di kawasan mereka boleh dijatuhi hukuman penjara hingga dua tahun.
Di Jepun kes kecederaan luka-luka ringan hanya didenda sehingga 300,000 yen (RM9,300). Sebaliknya jika kategori kecederaan parah dan kematian mangsa dihukum penjara hingga lima tahun atau denda sehingga 1,000,000 yen (RM31,000).
Sebaliknya jika gagal melapor atau sembunyi kes akan didenda hingga 200,000 yen (RM6,200). Pemilik wajib bayar pampasan kos perubatan, ganti rugi trauma, dan elaun cuti sakit kepada mangsa atas penilaian pihak berkuasa.
Malahan anjing liar akan ditangkap dan dilupuskan jika tidak dituntut dalam tempoh tiga hingga tujuh hari. Pemilik anjing yang menggigit orang didenda sehingga SGD 5,000 (RM16,500) secara mandatori dalam undang-undang di Singapura.
Pemilik juga wajib membayar pampasan kecederaan terus kepada mangsa sehingga SGD 2,000 (kira-kira RM6,600) tidak termasuk bil perubatan.
Jika anjing tersebut dikategorikan sebagai berbahaya dan dilepas bebas dikenakan denda hingga SGD 10,000 dan lesen membela ditarik balik.
Berbeza di China pemilik anjing bertanggungjawab sepenuhnya dan tetap bersalah jika kecederaan terhadap manusia dikenakan penjara tiga hingga tujuh tahun dan perlu membayar kos perubatan serta ganti rugi pendapatan yang mencecah ratusan ribu ringgit walaupun mangsa yang memulakan provokasi atau mengusik anjing tersebut.
Kes kematian pula akibat pemilik cuai hingga membunuh manusia, hukuman mati pada pemililk atau penjara seumur hidup dan pampasan wajib 20 kali ganda pendapatan tahunannya.
Justeru memelihara anjing hukumnya harus dalam Islam terpakai untuk menjaga kebun, ternakan dan premis sebaliknya diajar Baginda Rasulullah SAW bahawa rosak pahalanya sehari sebesar Gunung Uhud kerana jahil.





0 Comments