Ticker

6/recent/ticker-posts

HASRAT JADIKAN HARI IQRA PROGRAM TAHUNAN



HASRAT JADIKAN HARI IQRA PROGRAM TAHUNAN

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, YAB Dato' Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob menyokong penuh program Hari Iqra' dan Pesta Buku Darul Naim yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan (PPAK) dan berhasrat menjadikan Hari Iqra sebagai salah satu program wajib tahunan oleh kerajaan negeri Kelantan.

Program yang berlangsung selama empat hari bermula 24 hingga 26 November itu adalah julung kali diadakan bagi mewujudkan hari khusus tentang Iqra wahyu pertama agar umat manusia mengingati dan melaksanakan arahan pertama yang diturunkan oleh Allah SWT.

"Sehingga kini, belum ada hari Iqra yang diwujudkan di dunia ini dan kerajaan negeri Kelantan melalui PPAK menjadi peneraju budaya Iqra kepada seluruh rakyat seiring dengan Kelantan negeri serambi Mekah dan Merakyat Membangun Bersama Islam (MMBI)."

Demikian menurut Dato' Ahmad Yakob dalam ucapannya ketika merasmikan program penutup tersebut, di Pasaraya Giant, Tunjong pada 26 November lalu.

Menurutnya, 571 keluarga daripada 45 DUN telah mengambil bahagian menyertai program Keluargaku Keluarga Membaca dan mereka yang terpilih telah diberikan beberapa anugerah seperti Rakyat Bestari, Keluarga Bestari, Keluarga Sakinah, Ikon Membaca Negeri Kelantan dan Ikon Keluarga Membaca Negeri Kelantan.

Antara yang menerima anugerah tersebut ialah keluarga Mazidah Muhammad dan Dr Noor Hisham Md Nawi sebagai Anugerah Ikon keluarga Membaca Negeri Kelantan, manakala DUN Jelawat terpilih sebagai Ikon DUN Pilihan.

Dalam ucapannya juga, beliau berpesan agar budaya membaca dapat diterapkan dalam pendidikan keluarga dan berharap supaya usaha murni untuk melaksanakan wahyu pertama itu mendapat sokongan daripada semua pihak yang bermula dari diri sendiri , keluarga dan masyarakat.

#ViraliyatBerita1ptg







(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-01 05:00:01

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments