Ticker

6/recent/ticker-posts

IWK-KUM CARES SERLAHKAN EMPATI, SOLIDARITI KORPORAT TERHADAP MANGSA BANJIR



IWK-KUM CARES SERLAHKAN EMPATI, SOLIDARITI KORPORAT TERHADAP MANGSA BANJIR

PASIR MAS – Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd (KUM) dan Indah Water Konsortium Berhad (IWK) mnjalinkan kerjasama strategik dalam melaksanakan program Khidmat Sosial Korporat (CSR) bermula tahun ini.

Menurut Pengurus Besar KUM Dr Mohd Roshdi Hassan, melalui Program KUM-IWK CARES 1000 pek makanan asas disalurkan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang diwakili tiga Badan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Kelantan Care, Psychological First Aid (PFA) dan Volunteer Malaysia untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Parlimen Pasir Mas dan Parlimen Rantau Panjang.

"Program KUM-IWK CARES ini dilaksanakan untuk membantu meringankan beban rakyat yang menghadapi ujian banjir dan menjadi tanggung jawab sosial kami untuk membantu Kerajaan Negeri mempercepatkan peningkatan kesejahteraan masyarakat di lokasi yang teruk terjejas banjir," katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Sumbangan KUM-IWK CARES di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas, hari ini.

Sumbangan kepada NGO disampaikan oleh Exco Kerajaan Negeri YB Dato' Hanifa Ahmad dan Ahli Parlimen Pasir Mas YB Ahmad Fadhli Shaari.

Sehubungan itu, kedua-dua pemimpin rakyat itu memuji khidmat sosial pihak korporat yang bersedia berganding bahu memenuhi aspirasi Kerajaan Negeri yang sangat mengutamakan kebajikan rakyat.

"Tahniah KUM-IWK yang cakna terhadap kesusahan mangsa banjir di Pasir Mas dan Rantau Panjang. Kesediaan bersikap empati bukan semua orang miliki. Sikap terpuji seperti ini menyerlahkan nilai kemanusiaan yang tinggi dalam hati pihak pengurusan KUM dan IWK. Kita harap lebih banyak lagi pihak korporat tampil melaksanakan CSR sebagai tanda prihatin terhadap keperluan semasa masyarakat. Program ini juga membuktikan semua pihak boleh bersolidariti dengan sama-sama berbakti mengikut kelebihan masing-masing," kata YB Ahmad Fadhli.











(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-29 08:35:58

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments