Mempertahankan Madinah
Sebahagian daripada golongan yang murtad, datang untuk menyerang Madinah yang menjadi pusat Negara Islam. Mereka mengambil kesempatan sebelum wilayah sekitar Semenanjung Arab yang masih teguh dengan Islam dan tidak murtad kembali kuat.
Hal yang demikian kerana mereka melihat itu satu-satunya peluang untuk menghapuskan Islam. Sebahagian daripada golongan murtad yang lain menghantar rombongan untuk menemui Khalifah supaya dihapuskan sahaja hukum wajib zakat.
Namun begitu Abu Bakar RA tetap tegas mempertahankan hukum Allah SWT. Seterusnya Abu Bakar RA mengatur langkah berikut:
1. Mengarahkan penduduk Madinah bermalam di masjid dalam keadaan bersiap siaga.
2. Mengarahkan kawalan di setiap penjuru Kota Madinah dan lorongnya yang strategik sepanjang masa.
3. Melantik ketua pasukan terdiri daripada Ali bin Abi Talib KWH, al-Zubair bin al-'Awwam RA, Tolhah bin 'Ubaidillah RA, Saad bin Abi Waqqas RA, Abdul Rahman bin 'Auf RA dan Abdullah bin Mas'ud RA.
4. Menghantar perutusan jihad kepada qabilah-qabilah yang istiqamah beriman seperti Ghifar, Muzainah, Asyja', Juhainah, Ka'ab dan lain-lain. Arahan ini diterima sehingga Madinah dipenuhi oleh mereka yang datang dengan persediaan perang seperti membawa senjata dan binatang kenderaan seperti kuda dan unta dengan jumlah yang banyak.
5. Adapun wilayah yang jauh pula dihantar utusan seperti Yaman, diperintahkan supaya bersedia dan menyerang mereka yang murtad.
6. Adapun kumpulan yang lemah berada dalam kalangan mereka yang murtad, mereka diarahkan agar bersembunyi menyelamatkan diri untuk sementara waktu.
7. Abu Bakar RA sendiri turun ke medan, berada di barisan hadapan menentang musuh yang menghampiri Madinah.
Kuliah Duha Jumaat, 29 Jumadal Ula 1444H
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-23 08:15:15
#pimpinan
#pimpinan
0 Comments