PASUKAN PEMBANGKANG YANG KONSTRUKTIF DAN BERTANGGUNGJAWAB
Persidangan Dewan Rakyat pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen ke-15 telah mempamerkan kredibiliti Ketua Pembangkang dan ahli-ahli parlimen Perikatan Nasional berbahas dengan hujah dan fakta yang kuat. Penjelasan yang diberikan boleh dinilai secara rasional oleh rakyat supaya keyakinan dan harapan mereka terhadap ahli Parlimen Perikatan Nasional tidak disia-siakan.
Tekad pembangkang adalah untuk menjadi pasukan yang konstruktif bagi menyemak imbang dasar, inisiatif dan program yang diperkenalkan oleh kerajaan campuran ini. Kami yakin kerajaan campuran PH-BN ini lebih cenderung bersikap pragmatik dan sukar untuk mempertahankan prinsip yang dilaungkan sebelum ini.
Tambahan lagi, Perjanjian Persefahaman yang dimeterai dalam kalangan mereka secara jelas telah mencabul amalan demokrasi, hak asasi dan mencanggahi Perlembagaan Persekutuan. Tindakan ini melambangkan sikap Perdana Menteri yang autokratik, tidak terbuka dan tidak bersedia untuk berbeza pandangan walaupun demi kepentingan rakyat.
Pasukan pembangkang Perikatan Nasional akan terus membawa isu-isu rakyat tanpa mengira agama, kaum dan fahaman politik di Dewan Rakyat. Kami juga menuntut ahli-ahli Parlimen agar berperwatakan matang, menjaga tingkah laku dan percakapan serta fokus kepada perbincangan yang memberi manfaat kepada rakyat.
"MALAYSIA SEJAHTERA"
YB Ir. Ts. HAJI KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Jerantut
Bertarikh: 21 Disember 2022 | 26 Jamadilawal 1444
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2022-12-21 05:13:33
#pas
#pas
0 Comments