GENERASI ALAM HIJAU
Manis senyuman anak-anak sekolah dan juga mak cik pak cik di kampung menjayakan program ini. Inisiatif kerajaan dalam membangunkan teknologi hijau dan penjagaan alam sekitar tidak akan tercapai dan bermakna tanpa sokongan bersama antara komuniti dan rakyat.
Dalam membentuk suasana harmoni ini, Kerajaan Kelantan melalui Portfolio Teknologi Hijau dan Alam sekitar memperkenalkan Program Komuniti Amalan Hijau yang dijayakan oleh Kelantan Utilities Mubarakan (KUM), anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Melalui kerjasama erat bersama ini bersama juga rakan strategik seperti Bahagian Kerajaan Tempatan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan telah memberikan impak positifnya yang tersendiri.
Alhamdulillah. Ruang kerjasama yang erat bersama Kementerian Air dan Alam Sekitar(KASA) dibawah kepimpinan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini amat memudahkan proses menyampaikan ilmu dan kempen kesedaran dikalangan komuniti kampung, pihak sekolah dan juga anak-anak pelajar.
Tahniah dan syabas KUM serta semua yang terlibat dalam menjayakan misi dan visi ini. InsyaAllah, saya doakan program ini akan dapat dilaksanakan dengan lebih meluas pada tahun ini dan dimasa akan datang.
#alamhijausejahtera
Tuan Ibrahim Tuan Man
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim
Kelantan Utilities Mubaarakan - KUM
Perbadanan Menteri Besar Kelantan
Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB)
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-01-11 06:27:13
#pimpinan
#pimpinan
0 Comments