Alhamdulillah, Program Khitan Perdana Dun Temangan yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Dun (MTD) Temangan dengan kerjasama Jawatankuasa Pemuda dan Muslimat Dun berjalan lancar pada pagi tadi di Pusat Khidmat ADUN Temangan sempena dengan cuti persekolahan akhir tahun.
Senyum, risau dan menangis antara telatah kanak-kanak dapat disaksikan sewaktu saat akhir yang mendebarkan untuk dikhatankan. Ada yang menjerit ada juga yang lari. Alhamdulillah 110 peserta telah selamat dikhatankan.
Program Khitan Perdana ini merupakan acara tahunan yang sentiasa dianjurkan khas buat seluruh masyarakat Dun Temangan dan dibiayai sepenuhnya oleh YB Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan bagi membantu meringankan beban ibubapa.
Tahniah dan terima kasih kepada semua adik-adik yang hadir menyertai dan memeriahkan program ini. Hebat belaka! Alhamdulillah, kita bagi beg sekolah tanda hadiah buat setiap peserta hari ini.
[Admin]












(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-02-27 12:31:57
#pimpinan
#pimpinan
0 Comments