"Assalamualaikum ustaz, terima kasih, terima kasih. Saya banyak terhutang budi dengan Kelantan, saya selalu dengar ceramah Ustaz di Youtube!".
Sewaktu menanti penerbangan ke Kota Bharu, ambo tiba-tiba di sapa oleh seorang pemuda. Tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada Kelantan, dan amat terhutang budi atas layanan Kelantan kepadanya.
Bila di tanya kenapa terhutang budi dengan Kelantan?.
Lantas beliau mengeluarkan telefon bimbitnya sambil menunjukkan kenangannya di PERKIM dan menceritakan kenangan beliau sewaktu mengikuti pengajian di PERKIM Pengkalan Chepa dari tahun 2015-2018. Berkaca matanya menceritakan memori indah sewaktu di Kelantan yang menjadi ingatan abadi yang sukar dilupakan.
Rupanya pemuda ini adalah saudara baru dari suku kaum orang asal dari Kampar Perak.
Sewaktu memeluk Islam pada 2013, beliau mencari-cari tempat yang sesuai untuk mendalami Islam.
Selepas mendapat nasihat beberapa sahabatnya. Akhirnya beliau memilih PERKIM Pengkalan Chepa sebagai destinasinya untuk mendalami Islam.
Pilihannya tepat untuk jadikan Kelantan sebagai madrasah untuk mendalami sebaiknya Agama Islam.
Alhamdulillah katanya, sepanjang tempoh tersebut beliau amat terhutang budi dengan layanan PERKIM dan santunan kerajaan Kelantan terhadap saudara baru sepertinya. Hampir 3 tahun di PERKIM dan tamat pengajian di PERKIM beliau di rezekikan untuk bekerja dan berkhidmat di KLIA.
Sama-sama kita doakan semoga Saudara Johani di beri kekuatan dan istiqamah untuk terus mendalami dan beramal dengan Islam sebaiknya.
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-02-06 10:35:11
#pimpinan
#pimpinan
0 Comments