Ticker

6/recent/ticker-posts

𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗘𝗟𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗔𝗗𝗕𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨 𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔...



𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗘𝗟𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗔𝗗𝗕𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨 𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗢𝗟𝗘𝗛𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡?


𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗘𝗟𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗔𝗗𝗕𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨 𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗢𝗟𝗘𝗛𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗗𝗘𝗥 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡?

"Perdana Menteri menjelaskan tugas Nurul Izzah yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu adalah untuk memastikan ketelusan dalam pentadbiran serta memantau urusan perolehan tender kerajaan supaya teratur."

Kepelikan kerajaan Anwar-Zahid makin terserlah. Apa tidaknya ketika Rafizi mendabik dada mahu mendudukkan PN hanya dengan sebulan tempoh lantikan, tiba-tiba Anwar melantik anaknya untuk menasihati beliau.

Sudah hilangkah kepercayaan Anwar terhadap Rafizi?

Tidak menjadikah formula-formula mudah Rafizi yang diwarwarkan sebelum ini mengurus ekonomi negara?

Layakkah Nurul Izzah untuk menjaga perihal ketelusan pentadbiran dan perolehan tender kerajaan sedangkan lantikan beliau atas terma diktator nepotisme yang bergabung dengan kleptokrat penuh muslihat?

Ketelusan pentadbiran perlukan personaliti wibawa yang benar-benar berintegriti. Jika diawal perlantikam sudah berbelit masakan mampu diluruskan hujungnya?

Perolehan tender kerajaan pula adalah melibatkan garis panduan jelas yang telah sekian lama diuruskan oleh pegawai kerajaan yang dilantik dengan Akujanji Kerahsian, bergaji dan terikat integriti serta terteban hukuman tatatertib jika terlibat salah laku.

Teruk sangatkah integriti dan ketelusan penjawat awam yang makan gaji dengan kerajaan sehingga perlukan seorang super suci memantau?

Masih perlukah seorang pemantau atas urusan terkait tender projek-projek kerajaan oleh lantikan politik anak beranak?

Atau beliau punya motif tersirat?

Wallahua'lam tapi inilah hakikat kerajaan gabungan Anwar-Zahid. Yang satu libatkan anak beranak dan yang satu lagi masih terbeban bicara mahkamah.

Solidariti saya pada semua penjawat awam. Bertabahlah

Salam hormat.

Mohamad Kamal Mohamed
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

10 Rejab 1444 / 1 Februari 2023

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-02-01 00:53:36

#pas

#pas

Post a Comment

0 Comments