Kita menyaksikan kewujudan negara Israel hasil daripada pakatan Ahzab zaman moden di kalangan kuasa-kuasa besar yang menganut berbagai-bagai ideologi.
Mereka didukung pemimpin munafik yang mempertahankan kewujudan Israel.
Setelah mereka gagal untuk menghapuskan Islam dengan senjata, mereka melaksanakan al-harb al-siyasi, perang politik.
Di antaranya dengan mendesak negara Islam supaya mengiktiraf negara haram Israel. Para ulama' sudah pun menfatwakan bahawa negara Israel adalah negara haram dan tidak boleh diiktiraf.
Kemudian mereka melaksanakan agenda baru iaitu agenda normalisasi terhadap kewujudan Israel. Padahal kewujudan Israel itu sendiri di luar tabii.
Sesungguhnya tanggungjawab kita mempertahankan Palestin sangat besar.
Kita percaya bahawa kedatangan orang Yahudi ke Palestin adalah untuk dikuburkan mereka, bukan untuk hidup selama-lamanya.
Akan tiba masanya umat Islam akan bersatu dan mengalahkan Yahudi.
[Ceramah Perdana Kembalikan Al-Quds, 24 Februari 2023]












(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-02-25 03:50:26
#pimpinan
#pimpinan
0 Comments