Ticker

6/recent/ticker-posts

MAIK BELANJAKAN LEBIH RM200 JUTA WANG ZAKAT TAHUN 2022



MAIK BELANJAKAN LEBIH RM200 JUTA WANG ZAKAT TAHUN 2022

KOTA BHARU - Melalui terimaan zakat RM227,209,887 bagi tahun 2022, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah membelanjakan RM200,285,087 sepanjang tempoh tersebut.

Jumlah terimaan zakat telah meningkat sebanyak 8 peratus, manakala jumlah perbelanjaan turut meningkat kepada 15 peratus berbanding RM174,126,346 untuk tahun 2021.

"Segmen yang terbesar menerima perbelanjaan agihan wang zakat sepanjang tahun 2022 ialah bagi Program Asnaf Fakir dan Miskin dengan rekod perbelanjaan sebanyak RM92,557,157."

Demikian ucapan Yang Dipertua (YDP) MAIK yang juga Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz di Majlis Sidang Media Laporan Khas Terimaan dan Perbelanjaan MAIK bagi Tahun 2022 Yang berlangsung di Hotel H-Elit, hari ini.

Menurutnya, antara agihan kepada asnaf fakir miskin meliputi bantuan bulanan fakir dan miskin, bantuan melanjutkan pelajaran ke IPT, bantuan rumah kediaman, bantuan pemulihan rumah, bantuan rawatan perubatan dan bantuan hari raya.









(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-02-16 10:24:31

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments