MTMD KELANTAN: PROGRAM PEMBANGUNAN KERJAYA KLIEN DILULUSKAN
Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Bilangan 1 Tahun 2023 Negeri Kelantan sebulat suara meluluskan kertas pertimbangan bagi melaksanakan Program Pembangunan Kerjaya Klien melalui kegiatan pertanian.
Program tersebut dirangka agar usaha merawat pulih dan pencegahan penagihan dadah yang dilaksanakan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan jabatan terlibat memberi impak yang maksima dan menyeluruh kepada masyarakat.
Usaha itu antara terapi kepulihan klien yang mengikuti program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) atau Institusi (RPDI).
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan diadakan di Bilik Gerakan MABNA, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Kota Bharu, pada Isnin.
Tiga kertas makluman turut dibentang oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk perhatian dan makluman ahli mesyuarat.
MTMD Kelantan turut membincangkan isu penyalahgunaan dadah, substan dan pelencongan sosial selain mencapai keputusan melibatkan beberapa cadangan.
Mesyuarat turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Dato' Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf; Pengarah AADK Negeri Kelantan, Rohayu Ahmad; serta Ketua-ketua Jabatan yang berkaitan.
#MerakyatMembangunBersamaIslam





-Baca seterusnya...
2023-02-27 13:22:51
#pimpinan
#pimpinan
0 Comments