Perikatan Nasional terus mara ke hadapan dengan penubuhan Jawatankuasa Portfolio Ahli Dewan Rakyat bagi mengotakan janji menjadi pembangkang yang berkesan dan bertanggungjawab.
Pembentukan jawatankuasa portfolio yang mengetengahkan Ahli Parlimen Perikatan Nasional yang berkemahiran dan berpengalaman mengetuai ahli-ahli parlimen yang lain bagi meneliti, mengkaji dan menjuarai isu yang membabitkan kementerian berkaitan.
Melalui portfolio ini, Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional akan dikenali dari segi kepakaran mereka dan akan dilihat sebagai pembangkang yang berkesan bagi menimbang tara kerajaan sekarang.
insyaAllah jawatankuasa portfolio ini akan memainkan peranan khususnya menjelang sidang dewan yang akan bermula pada 13 Februari ini.
#PNBEST
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-02-02 08:17:20
#pas
#pas
0 Comments