Perjuangan PAS mengandungi agenda untuk terus berdakwah, mengajak seluruh manusia kepada Islam tanpa paksaan dan mengurus cara hidup berpolitik dalam sebuah masyarakat majmuk dengan penuh hikmah (kebijaksanaan dan tidak melampaui batas), bersabar dan bertaqwa.
Kerana itu, PAS tetap mengamalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera. BPMS merupakan budaya politik yang berasaskan kepada kematangan dalam membuat keputusan dan tindakan sesuai dengan realiti masyarakat, berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah serta bermatlamatkan kesejahteraan rakyat, kemakmuran negara dan keredaan Allah SWT.
Tujuh prinsip BPMS yang dibawakan oleh PAS iaitu :
1. Politik Bertunjangkan Prinsip
2. Politik Dakwah dan Amar Maaruf Nahi Mungkar
3. Politik Penyelesaian Berdasarkan Islam
4. Politik Utamakan Rakyat
5. Politik Damai dan Diplomasi
6. Politik Benar Bukan Persepsi
7. Politik Rasional dan Profesional
Selamat datang ke bahtera PAS.
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-02-05 03:23:51
#pas
#pas
0 Comments