30 DARUL NISWAH PERTINGKAT KEMAHIRAN WANITA



30 DARUL NISWAH PERTINGKAT KEMAHIRAN WANITA

PASIR MAS - Timbalan Exco Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, YB Rohani Ibrahim menyeru wanita Kelantan memanfaatkan 30 Darul Niswah yang dibangunkan oleh Kerajaan Kelantan.

Darul Niswah ialah penjenamaan semula Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) seliaan Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KeKWa).

Katanya, Kerajaan Negeri berhasrat suatu hari nanti Darul Niswah dapat menjadi kompleks wanita berdikari yang menjadi pusat khusus kepada wanita melaksanakan semua aktiviti berkaitan wanita
yang patuh syariah.

"Graduan Darul Niswah yang sudah beroleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1, bukan sahaja boleh menjahit pakaian yang patuh syariah bahkan boleh berdakwah tentang adab berpakaian menutup aurat. Itulah kaedah kita menyokong kerajaan untuk Merakyatkan Dasar Membangun Bersama Islam," pesannya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan dalam Majlis Pelancaran Darul Niswah ke-30 di hadapan 200 hadirin.

Majlis sedang berlangsung sekarang di Darul Niswah Meranti, Kampung Meranti Kecil.





(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-06 03:29:55

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments