Ticker

6/recent/ticker-posts

KEBERGANTUNGAN KERAJAAN KEPADA BERAS NEGARA MASIH 30 PERATUS KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tumpat YB...



KEBERGANTUNGAN KERAJAAN KEPADA BERAS NEGARA MASIH 30 PERATUS

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tumpat YB Dato' Mumtaz Md Nawi meminta penjelasan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berhubung perancangan kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada luar negara.

Timbalan Menterinya, Chang Foong Hin memaklumkan sehingga kini, kebergantungan kerajaan kepada beras negara masih pada tahap 30 peratus, khususnya kepada keperluan dalam negara.

"Dari segi jangka masa panjang, kita akan meletakkan peratusan yang berkadar sekurang-kurangnya bagi tempoh lima tahun," hurainya ketika sesi pertanyaan lisan di Dewan Negara, semalam.

Terdahulu, pada pembentangan bajet 2023 Februari lalu, kerajaan telah memperuntukkan hampir RM20 bilion bagi pelbagai projek jaminan sekuriti makanan.

Antaranya melalui pelaburan di dalam projek sekuriti makanan sebanyak RM1.3 bilion, Tabung Pusingan Koperasi bagi pembekalan barangan keperluan asas dan lain-lain sebanyak RM100 juta.

Selain itu, program peningkatan produktiviti dan kemudahan nelayan sebanyak RM18.3 juta dan Program Pembangunan Semula Hasil Baharu sebanyak RM40 juta.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita1ptg



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-06 05:25:34

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments