Ticker

6/recent/ticker-posts

AKSB BERSEDIA AWAL HADAPI RAMADAN KOTA BHARU – Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mengambil langkah proakt...



AKSB BERSEDIA AWAL HADAPI RAMADAN

KOTA BHARU – Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mengambil langkah proaktif dengan membuat persediaan awal bagi menghadapi Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Pengurus Besar Dr Nazmi Ghazali Azmi berkata, beliau menjangkakan penggunaan bekalan air terawat akan meningkat sepanjang Ramadan kerana keadaan cuaca agak panas dan boleh menyebabkan sumber air mentah menyusut.

"Oleh itu, semua Loji Rawatan Air (LRA) AKSB akan terus beroperasi pada kapasiti maksima dengan keseluruhan pengeluaran air melebihi 500 juta liter sehari iaitu 528 JLH.

Kita juga akan menempatkan 430 buah tangki statik (TS) bersaiz 500 hingga 2000 gelen di seluruh jajahan yang bertekanan rendah dan sering mengalami gangguan bekalan air untuk memudahkan pengguna mendapatkan bekalan air jika berlaku gangguan," katanya dalam satu kenyataan rasmi, semalam.

Sementara itu, kerja-kerja penyelenggaraan berjadual di LRA yang boleh menyebabkan pengurangan pengeluaran akan ditunda dan pada masa yang sama stok bahan kimia di LRA akan dipastikan mencukupi bagi pengoperasian loji sepanjang Ramadan dan musim perayaan Aidilfitri nanti.

Menurut beliau juga antara langkah proaktif lain ialah menyediakan sembilan buah lori tangki air milik AKSB dan empat unit lori air kontrak serta tambahan 27 buah lori tangki air kontrak (LAK) di seluruh jajahan untuk mengisi air di TS dan menghantar air kepada pengguna.

Di samping itu, AKSB juga memastikan lori-lori tersebut diselenggara dengan baik dan dapat beroperasi sempurna.

"Dari aspek kakitangan, AKSB memastikan mereka yang bertugas di Unit Mekanikal dan Elektrikal serta pengoperasian rawatan dan agihan sentiasa mencukupi serta dapat dihubungi sekiranya berlaku apa-apa gangguan bekalan air.

Kita juga telah meminta kontraktor luar untuk tunggu sedia membantu melaksanakan sebarang kerja kecemasan yang di luar kemampuan kakitangan AKSB," jelasnya.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-23 01:16:48

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments