Ticker

6/recent/ticker-posts

AKSB DIIKTIRAF SYARIKAT TERBAIK DI MALAYSIA



AKSB DIIKTIRAF SYARIKAT TERBAIK DI MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) diiktiraf antara 15 syarikat terbaik di Malaysia.

Pengurus Besar Dr Nazmi Ghazali Azmi mengetuai lapan stafnya menerima trofi anugerah dan sijil penghargaan tersebut dalam Majlis Apresiasi Rakan Strategik Pasport Keselamatan National Institute of Occupational Safety & Health (NIOSH), di Hotel Hilton, semalam.

Anugerah disampaikan Menteri Sumber Manusia YB V. Sivakumar.

Syarikat lain yang turut menerima anugerah ialah Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Petronas, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Shell Malaysia.

Majlis apresiasi tersebut diadakan bagi menghargai dan mengiktiraf rakan strategik Pasport Keselamatan NIOSH yang telah bersama-sama membangunkan program latihan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP).

Program itu dibangunkan bagi membantu industri majikan untuk memberikan latihan dan maklumat berkaitan KKP kepada pekerja. Sekali gus menjadi satu elemen pematuhan dalam akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP 1994).

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita1ptg







(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-08 05:19:10

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments