Ticker

6/recent/ticker-posts

PERUNTUKAN RM1.59 JUTA UNTUK MDT LAKSANAKAN ZON BIC



PERUNTUKAN RM1.59 JUTA UNTUK MDT LAKSANAKAN ZON BIC

TUMPAT – Kerajaan Negeri memperuntukkan RM1.59 juta kepada Majlis Daerah Tumpat (MDT) dalam usaha memastikan projek Bersih, Indah dan Ceria (BIC) dapat dilaksanakan dan berjalan lancar.

Jumlah peruntukan tersebut merangkumi bantuan peruntukan bagi Projek Kesejahteraan Rakyat RM1.02 juta, Pembelian Tong Sampah RM 119,240, Menaik taraf Zon BIC RM100,000 serta RM358,800 bagi pembelian Jentera Pembersihan Pantai (Beach Comber).

Peruntukan dan penyampaian jentera tersebut telah disampaikan oleh Exco Kerajaan Tempatan Dato' Dr Izani Husin kepada Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Tumpat Rusydee Abdullah di Pantai Geting pada 6 Februari.

Menurut Dato' Dr Izani, jentera tersebut mampu mempercepatkan proses pembersihan dan menjadikan kawasan Pantai Geting lebih bersih.

Tambahnya, Beach Comber yang dikendalikan seorang pemandu mampu membersihkan permukaan pasir pantai serta mengorek sampah dan hanyutan dari laut seperti plastik, kaca pecah, puntung rokok, tin minuman, ranting kayu, rumpai laut, daun kering dan batu-batu kecil.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg









(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-08 01:02:24

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments