Ticker

6/recent/ticker-posts

Alhamdulillah hari ini dengan jayanya dapat laksanakan Pelancaran Karnival Apo Koba Puak Tani(KAPOK)...



Alhamdulillah hari ini dengan jayanya dapat laksanakan Pelancaran Karnival Apo Koba Puak Tani(KAPOK) bertempat di Pasar Siti Sarah Selising.

KAPOK merupakan program yang dilaksanakan oleh Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) dan merupakan inisiatif saya bagi menyantuni para petani dalam DUN Selising.

Melalui program KAPOK ini kita mengagihkan 2 anak pokok dan juga baja kepada penerima yang dianggarkan 100 orang satu mukim. Hari ini 3 mukim terlibat iaitu Banir Belikong, Padang Pak Omar dan Selising dimana setiap mukim menerima jenis anak pokok berbeza.

Insyaallah jika pokok yang diagih ini berjaya ditanam sesuai dengan kaedah yang diajar pengkursus, 2 ke 3 tahun lagi kita dapat melihat hasil DUN Selising zon buah-buahan. Kita ambil contoh mukim Selising dengan 200 pohon limau barli, 3 tahun lagi akan jadi zon limau barli dan begitulah bagi mukim-mukim lain. kita doakan semoga berjaya. Terima kasih semua yang menjayakan pelancaran hari ini dan kita jumpa di mukim anda pula.

























(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-04 14:44:44

#pimpinan

#pimpinan

Post a Comment

0 Comments