Ticker

6/recent/ticker-posts

Alhamdulillah YB Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan diberi kesempatan sebentar tadi untuk menyampaikan t...



Alhamdulillah YB Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan diberi kesempatan sebentar tadi untuk menyampaikan tazkirah khas sempena malam nisfu Syaaban di Masjid al-Muhammadi, Kaabah dan turut membaca Surah Yaasin bersama jemaah yang hadir.

Pada malam nisfu Syaaban yang mulia ini, marilah kita memohon ampun dan rahmat dari Allah SWT. Janganlah kita biarkan malam ini terlepas begitu saja tanpa melakukan sesuatu yang bermanfaat.

Ingatlah bahawa kita akan kembali kepada Allah SWT pada suatu hari nanti dan segala amalan kita akan dinilai oleh-Nya. Oleh itu, perbanyakkanlah amalan kebaikan dan berdoa agar Allah SWT memberikan kita kekuatan untuk terus istiqamah di atas jalan yang benar.

Sekiranya ada kesalahan dan dosa yang telah kita lakukan, janganlah berputus asa untuk bertaubat dan memohon ampun. Ingatlah bahawa Allah SWT Maha Pengampun dan Maha Pemurah.

Semoga kita semua menjadi insan Rabbani yang sentiasa menerapkan segala prinsip 'Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan dalam diri untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT semata-mata di dunia mahupun akhirat.

[Admin]

#MerakyatMembangunBersamaIslam #BudayaKomunitiRabbani #temangansejahtera #nisfusyaaban

















(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-07 13:01:15

#pimpinan

#pimpinan

Post a Comment

0 Comments