BANTUAN WANG TUNAI KEPADA MANGSA BANJIR, MASIH DIPERHALUSI – MB
KOTA BHARU – Menteri Besar YAB Ustaz Dato' Ahmad Yakob berkata, wang peruntukan RM50 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada mangsa banjir di Kelantan pada Disember lepas telah disalur melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.
Tambahnya, Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan (PPNK) bersama Pejabat Tanah dan Jajahan kini sedang memperhalusi jumlah senarai mangsa banjir yang berpindah dan tidak berpindah.
"Setakat ini, PPNK telah menyalur sebahagian bantuan tersebut kepada mangsa banjir yang telah berpindah mengikut jajahan sebanyak RM 1000 setiap keluarga, dan bantuan kepada waris keluarga mangsa banjir yang meninggal dunia.
Manakala sejumlah RM9.1 juta lagi bantuan kepada mangsa banjir yang tidak berpindah belum lagi mendapat bantuan tersebut,"katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, bagi menjawab persoalan daripada YB Mohd Radzi Jaafar dari Gaal.
Terdahulu, mengikut rekod senarai penerima yang telah diserahkan PPNK ICU JPM adalah sebanyak 46,544 yang terdiri daripada 12,294 orang yang berpindah ke PPS, 34,245 orang yang tidak berpindah dan 5 orang yang meninggal dunia.
Sementara itu, penyaluran bantuan kepada mangsa banjir adalah melalui kaedah penyerahan bantuan secara fizikal di premis-premis yang di tetapkan atau penyerahan bantuan melalui kaedah penyaluran melalui akaun-akaun penerima secara Electronic Fund Transfer EFT).
Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita1ptg

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-22 05:08:27
#semasa
#semasa
0 Comments