Bantuan yang kita bawa dari Malaysia ini mungkin sedikit berbanding jumlah mangsa yang begitu banyak. Bahkan kami menyaksikan sendiri kehancuran yang berlaku juga sangat dahsyat.
Namun inilah bantuan kecil yang kita mampu sumbangkan sebagai menjaga persaudaraan dan kemanusiaan sesama kita.
Seperti kisah seekor burung yang mengangkut air dengan paruh kecilnya saat ketika Nabi Ibrahim A.S dibakar. Air itu sedikit. Apinya besar. Tetapi sekurang-kurangnya ia menjadi jawapan seandainya ditanya kelak apakah usahanya untuk menyelamatkan Nabi Allah Ibrahim A.S.
Moga-moga ini menjadi jawapan kita seandai disoal bagaimana kita menjaga persaudaraan kita.
Kami meneruskan aktiviti menyampaikan sumbangan pada hari ini ke kawasan pusat gempa bumi Turkiye yang lalu, iaitu di bandar Kahramanmaras.
Terima kasih kepada semua yang menyumbang.
Eyvallah
Hulurkan sumbangan anda melalui:
Maybank Islamic :
PASRELIEF : 5640-7061-2333
Atau melalui :
• https://infaqpay.my/plus/gempa-bumi-turkiye-pasrelief
#PASRelief
#Aid4TurkiyeSyria












(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-06 03:48:07
#pas
#pas
0 Comments