Ticker

6/recent/ticker-posts

Bulan Ramadhan ini diberikan kelebihan dengan dicucuri rahmat Allah SWT, diberikan keampunan-Nya dar...



Bulan Ramadhan ini diberikan kelebihan dengan dicucuri rahmat Allah SWT, diberikan keampunan-Nya daripada dosa-dosa kecil dan pembebasan daripada api neraka.

Allah SWT membuka pintu syurga untuk mereka yang menghayati Ramadhan dan menutup pintu neraka.

Mereka layak mendapat keampunan, rahmat Allah SWT dan pahala yang besar, serta penghapusan dosa pada bulan yang mulia ini.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ، وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ.

"Sembahyang lima waktu, amal soleh dari Jumaat ke Jumaat dan dari bulan Ramadhan ke Ramadhan menghapuskan dosa antara dua tempoh itu apabila meninggalkan dosa besar."

[Riwayat Muslim 233]

Nabi Muhammad SAW bersabda:

بُعْدًا لِمَنْ أَدْرَكَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغفَرْ لَهُ

"Dijauhkan daripada rahmat Allah kepada sesiapa yang berada dalam bulan Ramadhan, lalu tidak mendapat peluang keampunan Allah kerana tidak beribadat."

[Riwayat al-Hakim 7256]

Marilah kita merebut peluang dan rezeki berada dalam bulan Ramadhan yang mulia ini sebaik-baiknya demi mengejar rahmat, redha, dan maghfirah-Nya.

Usah biarkan diri kita termasuk dalam kalangan mereka yang rugi disebabkan mensia-siakan kesempatan yang ada, lantas tidak diampunkan dosa oleh-Nya.



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-22 08:49:06

#pas

#pas

Post a Comment

0 Comments