Ticker

6/recent/ticker-posts

TUJUH FASILITI SUKAN AKAN DIBINA DI KELANTAN KOTA BHARU – Tujuh fasiliti sukan yang pelbagai akan d...



TUJUH FASILITI SUKAN AKAN DIBINA DI KELANTAN

KOTA BHARU – Tujuh fasiliti sukan yang pelbagai akan di bina di Kelantan bagi persediaan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun 2028 nanti.

Menurut Kementerian Belia dan Sukan (KBS) , antara perancangan kerajaan berhubung dengan penganjuran sukan SUKMA adalah dengan memasukkan fasiliti sukan terbabit ke dalam Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Antara tujuh fasiliti terbabit merangkumi Stadium Bukit Merbau (RM180 juta), Pusat Akuatik (RM20 juta), Arena Tertutup Sukan (RM25 juta), Stadium Hoki (RM19 juta), Pusat Skuash (RM9 juta) dan Gelanggang Lawn Bowl (RM8 juta) serta pembinaan lapang sasar menembak dengan kos sebanyak RM 15 juta.

Sementara itu, KBS yakin kemampuan Kelantan untuk menjadi tuan rumah penganjuran SUKMA lima tahun lagi, kerana kerajaan mempunyai tempoh cukup untuk melaksanakan semua projek berkenaan.

Sebelum itu, KBS baru-baru ini telah mengumumkan akan perubahan jadual tempat penganjuran SUKMA negeri Kelantan pada tahun 2028,manakala Kerajaan pusat pada 2026 dan Sarawak pada 2024.

#ViraliyatBerita1ptg



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-29 05:06:02

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments