Terus ke kandungan

SUARA RAKYAT, CERITA SEMASA

TERKINI
Ikuti berita terkini Media Point.
Berita semasa, setiap hari.
MEDIA POINT

Cerita yang dekat. Perspektif yang luas.

Berita dan cerita masyarakat, untuk pembaca daripada pelbagai latar.

Tentang Media Point

Media Point ialah portal berita digital yang membawa perkembangan Kelantan, isu nasional dan cerita masyarakat. Bermula pada 2022, Media Point menyediakan ruang untuk pembaca mengikuti berita semasa, memahami isu dan mengenali kehidupan di sekeliling mereka.

Berpaksikan cerita tempatan dengan pandangan yang lebih luas, liputan kami merangkumi hal ehwal semasa, kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, budaya serta pandangan dan komentar.

Tujuan kami

Kami mahu menjadi ruang bacaan yang terbuka dan mudah diakses oleh semua. Matlamat kami ialah menyampaikan maklumat yang berguna, memberi ruang kepada pelbagai sudut pandang dan membantu pembaca membuat pertimbangan sendiri.

Pendekatan editorial

Kami berusaha mengutamakan ketepatan, konteks dan bahasa yang jelas. Berita, pandangan penulis serta kandungan promosi perlu dikenal pasti dengan jelas supaya pembaca dapat menilai setiap bahan dengan sewajarnya.

Kami menghargai perbezaan pandangan dan berusaha menyampaikan cerita dengan hormat kepada individu serta komuniti. Pandangan dalam ruangan komentar ialah pandangan penulis masing-masing.

Maklum balas dan pembetulan

Maklum balas pembaca membantu kami memperbaiki liputan. Jika terdapat maklumat yang perlu disemak atau dibetulkan, sertakan pautan artikel dan butiran berkaitan melalui saluran rasmi Media Point.

Janganlah dalam bab cukai diambil daripada semua, bab hasil bumi pula dikebas daripada semua negeri ...

Janganlah dalam bab cukai diambil daripada semua, bab hasil bumi pula dikebas daripada semua negeri ...



Janganlah dalam bab cukai diambil daripada semua, bab hasil bumi pula dikebas daripada semua negeri termasuklah negeri pembangkang dan rakyat pembangkang, tetapi dalam urusan mentadbir dan membahagikan peruntukan, dibeza-bezakan.

Perlu disedari bahawa berlaku banyak ketinggalan terhadap orang Melayu dan bumiputera yang banyak berada di kawasan pedalaman, luar bandar, di Pantai Timur, Utara Semenanjung dan Malaysia Timur (Sarawak dan Sabah).

Perkara tersebut berlaku sejak zaman penjajah lagi mengikut penyusunan masyarakat yang telah dibentuk oleh mereka bagi mewujudkan ketegangan pada masa hadapan, melalui kesempatan memeras semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Selain itu, ia dilakukan bagi mengadu domba dalam kalangan mereka dengan meletakkan kaum Cina di kawasan bandar dan lombong, kaum India di kawasan estet dan membiarkan Melayu dan bumiputera di kawasan luar bandar, dengan mewujudkan jurang ekonomi dan sosial.

Malah, tidak boleh dinafikan ramai juga masyarakat Cina di kampung yang dibentuk oleh penjajah dahulu dan kaum India di estet, berada dalam keadaan yang sangat miskin.

Apabila kita telah mencapai kemerdekaan, keadaan ini diteruskan lagi apabila kaum Melayu dan bumiputera yang paling besar jumlahnya terus berada dalam ketinggalan. Walaupun mereka wajar diberikan hak istimewa, tetapi keadaan tidak banyak berubah.

Banyak peruntukan diberikan, tetapi berlaku ketirisan dan terkeluar daripada sasaran, kerana salah tadbir urus, berlakunya penyelewengan dan rasuah daripada atas sehingga ke bawah. Bank Bumiputera juga telah 'meninggal dunia'.

Subsidi kepada golongan petani dan nelayan tidak mengubah keadaan, bahkan ada yang tidak sampai ke tangan mereka yang berhak. Dalam pada itu, aspek perniagaan pula dikuasai oleh kelompok yang tertentu sahaja, sehingga menjadikan kekayaan negara hanya berpusing dalam kalangan kelompok yang tertentu sahaja.

[Perbahasan Bajet Belanjawan 2023, 28 Februari 2023]











(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-02 12:03:48

#pimpinan

#pimpinan
MEDIA POINT

Kongsi artikel ini

WhatsApp Facebook

Catat Ulasan

0 Ulasan