Ticker

6/recent/ticker-posts

Kelantan Perkukuh Usaha Martabat Generasi



Kelantan Perkukuh Usaha Martabat Generasi
Al-Quran.

Yang Teramat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Petra berkenan berangkat mencemar duli menyempurnakan Pengurniaan Hadiah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan Tahun 1444/2023M di Dewan Utama, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji.

Panduan dan bimbingan al-Quran akan menyatukan ummah. Apabila kesatuan ini telah terbentuk, maka akan wujudlah sifat kasih sayang dan mahu bekerjasama dalam membina kehidupan bahagia berpandukan bimbingan wahyu al-Quran.

Kerajaan Negeri akan terus memperkasa dan memperhebat program-program al-Quran bagi mewujudkan dalam diri setiap anggota masyarakat betapa perlunya al-Quran itu 'hidup' dalam setiap rumah rakyat negeri Kelantan.

Johan bagi kategori tilawah dimenangani oleh qari Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dari Kota Bharu dan johan qariah oleh Fatimah Binti Muhammad Uthman El-Muhammady mewakili Bachok.

Turut mencemar duli berangkat ialah YMM Raja Perempuan Tengku Anis Almarhum Tengku Abdul Hamid dan YAM Tengku Bendahara Kelantan.

#MerakyatMembangunBersamaIslam
#KelantanMajuRakyatSejahtera























...
-Baca seterusnya...
2023-03-15 23:12:17

#pimpinan

#pimpinan

Post a Comment

0 Comments