KELANTAN PERKUKUH USAHA MARTABAT GENERASI AL-QURAN
KOTA BHARU – Menteri Besar YAB Ustaz Dato' Ahmad Yakob berkata, kerajaan Negeri akan terus memperkasa dan memperhebat program-program al-Quran bagi mewujudkan dalam diri setiap anggota masyarakat betapa perlunya Al-Quran itu 'hidup' dalam setiap rumah rakyat negeri Kelantan.
Tambahnya, Dasar membangun bersama Islam yang diperkenalkan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri mempunyai tujuan mengingatkan anggota pentadbiran kerajaan agar meletakkan Islam dan Al-Quran sebagai rujukan dalam setiap gerak kerja.
"Kerana itulah sejak dari tahun 1990 lagi, kerajaan negeri sentiasa berusaha bersungguh bersungguh-sungguh untuk mengikuti segala tuntutan syariat dalam urusan petadbiran negeri,
Kerajaan Negeri sedar apabila masyarakat negeri ini terus berpegang kepada manhaj Al-Quran sudah pasti negeri Kelantan akan dikurniakan dengan pelbagai keberkatan dan kemakmuran daripada Allah SWT,"ulasnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pengurniaan Hadiah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan Tahun 1444/2023M di Dewan Utama Tengku Kaya Pahlawan, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, semalam.
Sementara itu, Johan bagi kategori tilawah telah dimenangani oleh qari Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dari Kota Bharu dan johan qariah oleh Fatimah Muhammad Uthman El-Muhammady mewakili Bachok. Mereka akan mewakili Negeri Kelantan ke Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan bertempat di Pulau Pinang nanti.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan Dr. Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Petra. Turut mencemar duli berangkat ialah YMM Raja Perempuan Tengku Anis Almarhum Tengku Abdul Hamid dan YAM Tengku Bendahara Kelantan.
Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.






(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-16 09:26:50
#semasa
#semasa
0 Comments