Ticker

6/recent/ticker-posts

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA KAWAL TAYANGAN FILEM MENGHINA ISLAM 01 Mac 2023 | 08 Sya...






KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

KAWAL TAYANGAN FILEM MENGHINA ISLAM

01 Mac 2023 | 08 Syaaban 1444H

1. Pemuda PAS mengecam sekeras-kerasnya tayangan sebuah filem tempatan secara atas talian, yang membawa mesej penghinaan secara tersirat kepada agama Islam.

2. Antara mesej-mesej bersifat "blasphemy" yang dibawa oleh filem ini adalah berkenaan elemen "reincarnation" dan liberalisme yang dibawa oleh watak utama.

3. Pemuda PAS khuatir gaya pembawaan pluralisme, oleh watak utama yang masih belasan tahun, boleh mempengaruhi penonton remaja dan kanak-kanak yang menonton cerita berkenaan. Malah, ia turut membawa mesej yang salah berkenaan ciri-ciri agama Islam itu sendiri, yang bebas daripada elemen yang menyerupai agama lain.

4. Pemuda PAS menegaskan bahawa berhibur dan aktiviti kreatif dalam Islam tidaklah dilarang. Akan tetapi ia tidak boleh melampaui batas yang telah ditetapkan syariat dan agama. Dalam masa yang sama, kami ingin mengingatkan kepada penggiat seni hiburan di luar sana agar menghormati sensitiviti umat Islam dan membuat kajian yang teliti sebelum menghasilkan apa jua karya buat masyarakat.

5. Pemuda PAS menggesa Kementerian Komunikasi dan Digital untuk menyekat sebarang kandungan hiburan yang menganggu gugat keamanan agama dan aqidah umat Islam. Filem Mentega Terbang yang sedang bebas ditayangkan ini merupakan antara contoh jelas elemen ekstrimisme dan provokasi agama yang tidak wajar dibiarkan dalam Malaysia Madani idaman PH-BN.

Nazir Helmi
Ketua Penerangan
Pemuda PAS Malaysia

#PemudaPAS
#PemudaGenerasiSejahtera

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-01 13:28:29

#pas

#pas

Post a Comment

0 Comments