Ticker

6/recent/ticker-posts

SETIAUSAHA POLITIK PMX, MUHAMMAD KAMIL TIDAK PERLU MENGGELABAH Saya terbaca kenyataan menyelar oleh...






SETIAUSAHA POLITIK PMX, MUHAMMAD KAMIL TIDAK PERLU MENGGELABAH

Saya terbaca kenyataan menyelar oleh Setiausaha Politik PMX terhadap ramalan Tuan Guru Presiden PAS tentang kejatuhan Kerajaan Perpaduan dalam Sinar Harian beberapa jam yang lalu.

Menyelar ramalan Tuan Guru Presiden sebagai tidak bertanggungjawab adalah sebenar tidak bertanggungjawab. Bacaan politik Tuan Guru sedang digeruni oleh Muhammad Kamil, yang bersuara mewakili tuannya. Ini kerana mereka dalam kalangan PH tahu kemahiran ilmu politik Tuan Guru dan kegerunan terhadap bacaan berdasarkan pengalamannya.

Cuma pesan saya, Muhammad Kamil tidak perlu menggelabah terhadap isu ini atau ia hanyalah menampakkan keadaan kerajaan gabungan minoriti PH-BN sedang dalam ketakutan pada bayang-bayang sendiri.

Muhammad Kamil tidak perlu mencari populariti politik murahan dengan memberikan komen menggelabah sebegitu terhadap Tuan Guru Presiden kerana ianya menampakkan beliau yang sedang bertarung deman panas yang suhunya tidak turun-turun.

Ramalan hanyalah ramalan, sekalipun boleh jadi doa. Kerajaan perlu teruskan kerja menggunakan duit rakyat untuk kepentingan rakyat jua. Fokus dan tidak perlu sibuk membuat persepsi tanpa asas.

Tidak perlulah menyombong diri menyelar ramalan kerana ini bukanlah lagu ramalanku benar belaka.

Salam hormat.

Mohamad Kamal Mohamed
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

9 Syaaban 1444 / 1 Mac 2023

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-01 15:42:47

#pas

#pas

Post a Comment

0 Comments