Ticker

6/recent/ticker-posts

KENYATAAN MEDIA MENTERI BESAR KELANTAN TUNTUTAN BAYARAN TUNAI PETROLEUM Kerajaan Negeri Kelantan m...



KENYATAAN MEDIA
MENTERI BESAR KELANTAN

TUNTUTAN BAYARAN TUNAI PETROLEUM

Kerajaan Negeri Kelantan melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) melalui Pemberitahuan Pertanyaan Dewan Rakyat pada 23 Februari 2023 yang menyatakan bahawa hak mendapatkan bayaran tuna petroleum mesti berada dalam perairan 3 batu nautika dan penyaluran adalah di atas nama wang ehsan.

Persidangan Dewan Undangan Neger Kelantan pada 05 November 2015 telah menolak
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) atas asas mendapati Kerajaan Persekutuan mengambil peluang dengan menghadkan sempadan setiap perairan negeri kepada 3 batu nautika sekaligus menafikan hak Kelantan menerima bayaran tunai petroleum.

Perjanjian Kerajaan Kelantan dan Petronas pada 09 Mei 1975 dalam fasal 1(1) jelas menyatakan Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada Kerajaan Neger secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan jumlah 5% dari nilai petroleum yang didapati dan diperolehi di Kelantan.

Minit mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang bersidang pada 07 Jun 2018 menyatakan bahawa
"..Memansuhkan program wang ehsan dan bayaran tunai petroleum akan
disalurkan secara terus kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu tapa mengambil kira status neger tersebut yang dikuasai olen pembangkang".

Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri telah mengambil pelbagai langkah dan usaha dalam menuntut bayaran tunai petroleum melalui enam sir rundingan yang telah diadakan antara YAB Menteri Besar Kelantan dengan YAB Perdana Menteri bermula tahun 2013 hingga tahun 2021 dan satu pertemuan turt diadakan bersama Pengerusi dan Pengurusan Tertinggi Petronas pada 10 Julai 2020.

Oleh itu, Kerajaan Negeri dengan ini menggesa Kerajaan Persekutuan untuk menjelaskan tuntutan bayaran tuna petroleum secara terus kepada Kerajaan Negeri demi kepentingan rakyat.

Dato' Bentara Kanan,
Ustaz Dato' Haji Ahmad bin Yakob
Menteri Besar Kelantan
Isnin, 13 Syaaban 1444 / 06 Mac 2023



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-06 07:27:07

#pas

#pas

Post a Comment

0 Comments