Kerajaan Negeri Hargai Yayasan PETRONAS Tingkatkan Pembangunan Modal Insan di Negeri Kelantan.
Hari ini saya telah menyampaikan sijil kepada 16 peserta terbaik Program empower ECER sesi 2020/22.
Mereka terdiri daripada 354 peserta dari jajahan Pasir Puteh dan Tanah Merah yang diraikan didalam satu majlis graduasi.
Saya turut melancarkan Majlis Kolaborasi dan Apresiasi Program Pembangunan Modal Insan ECER Negeri Kelantan.
Melalui program tersebut, peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan lima dibantu untuk meningkatkan prestasi akademik serta kemahiran insaniah pelajar.
Program tersebut turut disokong oleh rakan pelaksana Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Pahang, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Institut Piawaian dan Penyelidikkan Malaysia (SIRIM).
Peserta-peserta yang akan memohon dan terpilih terdiri daripada golongan B40, lepasan SPM, usahawan baru dan sedia ada dari daerah Kota Bharu, Kuala Krai, Pasir Mas dan Machang
Setiap peserta tersebut akan menjalani latihan kemahiran dan keusahawanan selama 12 bulan. Di antara latihan kemahiran tersebut termasuklah bidang dandanan rambut dan terapi kecantikan, jahitan, percetakan, sulaman dan produk kreatif, pembuatan makanan, membaik pulih peralatan elektrik, refleksologi dan kesihatan.
Saya yakin usahasama pelbagai pihak ini akan melonjakkan lagi pertumbuhan sosioekonomi negeri Kelantan selain mencungkil bakat dan potensi rakyat Kelantan khususnya dalam bidang keusahawanan.
#MerakyatMembangunBersamaIslam
#MerakyatMembangunBersamaIslam







-Baca seterusnya...
2023-03-09 06:55:35
#pimpinan
#pimpinan
0 Comments