MENGURUS KEMENANGAN DAN GELOMBANG SOKONGAN ANAK MUDA
Pengkalan Chepa menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 51 pada hari ini. Usia lebih separuh abad yang mematangkan perjuangan.
Cabaran terbesar kita adalah untuk menguruskan kemenangan, sokongan dan harapan anak muda terhadap perjuangan Islam sebagai pilihan dan wadah terbaik.
Kejayaan kita baru-baru ini tidak lain dan tidak bukan, adalah pertolongan dari Allah SWT, yang menggerakkan hati rakyat terutamanya anak muda. Tidak berpadanan jika dilihat hanya dengan usaha kita yang tidak seberapa.
"Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman." (As-Saf 61:13)
Sama-sama kita berusaha mengekalkan prestasi baik di Kelantan. Bersih dan bebas daripada rasuah, agar terus menjadi keyakinan kepada rakyat.
Cercaan daripada individu tertentu tidak dapat kita elakkan. Sejarah perjuangan Islam penuh dugaan. Nabi SAW dihina, Almarhum Tok Guru dicerca. Asalkan kita tidak mengundang cercaan Allah SWT.
"…Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Al-Baqarah 2:216)
Semua jawatan utama hari ini menang tanpa bertanding, manakala, 16 ahli jawatankuasa akan dipilih oleh perwakilan.
Semoga berjalan dengan diiringi keberkatan.

-Baca seterusnya...
2023-03-04 04:32:02
#pimpinan
#pimpinan
0 Comments