Ticker

6/recent/ticker-posts

PROJEK PEMBANGUNAN LEMBANGAN SUNGAI BERSEPADU (PLSB) SG GOLOK (KESBAN) FASA 1, SIAP OGOS 2024 KUALA...



PROJEK PEMBANGUNAN LEMBANGAN SUNGAI BERSEPADU (PLSB) SG GOLOK (KESBAN) FASA 1, SIAP OGOS 2024

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim memaklumkan, Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sg Golok (KESBAN) Fasa 1 dijangka akan siap sepenuhnya pada ogos 2024.

Menurutnya, pihaknya kini sedang giat melaksanakan pelbagai projek tebatan banjir di Lembangan Sungai Golok dalam usaha untuk mengurangkan risiko banjir semasa musim Monsun Timur Laut, khususnya kepada penduduk yang tinggal di sekitar kawasan terbabit.

Demikian jawapan bertulis kementerian itu kepada soalan Ahli Parlimen Rantau Panjang YB Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff di Dewan Rakyat, Isnin lepas.

Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff memohon kementerian menyatakan apakah status pelaksanaan projek tebatan banjir di Rantau Panjang dan apakah perancangan kementerian bagi mempercepatkan projek tersebut.

Jawapan yang diterima ialah sebanyak RM 1.535 billion dibelanjakan terhadap Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sg Golok (KESBAN) melalui fasa 1 dengan kos siling projek sebanyak RM 656 juta. Manakala bagi fasa 2 pula, harga siling kos projek ialah RM 879 juta.

Kedua-dua projek itu akan dilaksanakan secara reka dan bina dan kini dalam proses perolehan.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita4ptg



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-02 07:59:56

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments