Ticker

6/recent/ticker-posts

450 NELAYAN DUN PANTAI IRAMA TERIMA SUMBANGAN



450 NELAYAN DUN PANTAI IRAMA TERIMA SUMBANGAN

BACHOK – Seramai 450 nelayan dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Irama menerima sumbangan daripada Kerajaan Negeri Kelantan ekoran perubahan iklim yang berlaku di negara ini menyebabkan nelayan terutamanya di Kelantan, mengalami kesukaran untuk mencari rezeki.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau Dan Alam Sekitar, YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail memaklumkan penerima terdiri daripada nelayan yang aktif menjalankan aktiviti penangkapan ikan selain di perairan laut, malah termasuk di kawasan sungai dan bekas lombong.

Katanya, Kerajaan Negeri Kelantan mengambil berat kebajikan dan masalah yang dihadapi para nelayan di negeri ini bukan sahaja sewaktu musim tengkujuh, malah ketika musim panas melampau yang menyukarkan mereka ke laut.

"Kita berharap bantuan yang diberikan kerajaan negeri dapat meringankan beban nelayan di DUN Pantai Irama yang pendapatan mereka tidak menentu setiap hari.

Menerusi program Himpunan Nelayan DUN Pantai Irama, kita berikan taklimat dan pendaftaran kepada nelayan baharu yang akan memberi manfaat kepada meraka," katanya selepas merasmikan program tersebut di Dewan Utama, Kompleks Pendidikan Islam (KPI).

Tambahnya sumbangan Kerajaan Negeri itu juga mampu meringankan beban para nelayan dalam membuat persiapan sambutan Hari Raya yang bakal menjelma.

Turut hadir, Ahli Parlimen Bachok, YB Tuan Mohd Syahir Che Sulaiman dan YB ADUN Pantai Irama, YB Mohd Huzaimy Che Husin.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg











(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-16 00:56:34

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments