Ticker

6/recent/ticker-posts

AGUS HARUS JUJUR BANDING KELANTAN DAN PULAU PINANG Sinis menyindir Kelantan dengan bakal nikmati ke...






AGUS HARUS JUJUR BANDING KELANTAN DAN PULAU PINANG

Sinis menyindir Kelantan dengan bakal nikmati kelainan kerana bakal ke Pulau Pinang tidak akan mengubah situasi penafian kemudahan yang telah ditindas sekian lama oleh Kerajaan Pusat. Hanya kerana dendam politik.

Benar sekali jika bandingan nikmat dibuat terhadap beberapa kemudahan fizikal antara Kelantan dan Pulau Pinang, pasti nampak bijak dan boleh sinis sehingga ke tahap meludah ke langit terbuka. Tapi barangkali lupa ludah itu akan kembali tertepek ke muka.

Agus nampaknya tidak cermat menyindir Kelantan tentang air sehingga lupa Pulau Pinang juga berdepan krisis yang sama. Untuk itu supaya Agus tidak lagi "bengong" menyindir Kelantan, saya sertakan link bekaitan masalah air Pulau Pinang untuk Agus tidaklah kecewa apabila tiba di Pulau Pinang.

Tiga bulan kenal pasti faktor krisis bekalan air di P. Pinang

https://www.kosmo.com.my/2022/08/22/tiga-bulan-kenal-pasti-faktor-krisis-bekalan-air-di-p-pinang/

Sebelum ini, bekalan air terputus di Pulau Pinang yang membabitkan 80 peratus atau 528,000 daripada 660,000 pemegang akaun PBAPP dan mengambil masa hingga enam hari untuk pulih sepenuhnya.

https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/212332

Penduduk Pulau Pinang panik beli air minuman botol

https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/210286

Saya mohon agus jujur membanding. Cukup dengan bandingkan tahap udara Pulau Pinang dan Kelantan. Cukuplah Agus nikmati keselesan "bau semacam ladang najis mughallazah". Tidak cukup dengan itu, nikmatilah juga satu persatu kemodenan yang menghimpit orang Melayu.

Barangkali Agus tidak boleh bercakap benar tentang Pulau Pinang, nanti hilang upaya biaya Mercedes bernombor plat mahal, AGU55.

Salam hormat.

Mohamad Kamal Mohamed
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

3 Syawal 1444 / 24 April 2023

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-24 13:26:49

#pas

#pas

Post a Comment

0 Comments