Antara kerugian umat Islam saat diberikan kesempatan untuk beribadah di bulan Ramadan ialah:
1. Puasa tanpa sahur. Begitu juga bagi yang bangun bersahur namun tidak mendirikan solat sunat sekurang-kurangnya 2 rakaat sebelum Subuh.
2. Meninggalkan hari-hari di bulan Ramadan tanpa bersedekah.
3. Menunggu waktu berbuka puasa tanpa berdoa memohon keampunan Allah SWT.
4. Menghabiskan waktu siang dengan berbaring dan tidur atas alasan letih puasa.
5. Lansung tidak membaca dan tadabbur al-Quran.
Ayuh kita gandakan amalan-amalan di bulan ini kerana mungkin ini merupakan Ramadan terakhir buat kita.
Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan sempat Solat Isyak dan Tarawih serta menyampaikan sedikit tazkirah ringkas di Masjid Al-Iktikaf Al Barakah, Kg Pertok Baru sempena Program Pemimpin bersama Rakyat Ihya' Ramadan DUN Temangan 1444H.
YB Dato' Dr. turut menyumbangkan papan karom sebagai aktiviti mengimarahkan rumah Allah SWT.
[Admin]
#MerakyatMembangunBersamaIslam #temangansejahtera
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-04 23:04:59
#pimpinan
#pimpinan
0 Comments