GELOMBANG HIJAU DAN GELOMBANG PERUBAHAN
Dalam Wacana Sinar semalam, YB Dr. Halimah Ali telah ditanya tentang keyakinan Perikatan Nasional dalam menghadapai Pilihan Raya di enam buah negeri kelak.
Pastinya PAS melalui Perikatan Nasional optimis dan konsisten dengan misi untuk mengekalkan penguasaan di Kelantan, Terengganu dan Kedah seterusnya menawan Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.
Gelombang hijau yang berlaku pada PRU-15 lalu menyaksikan Perikatan Nasional telah menyapu bersih kesemua kerusi parlimen di Kelantan, Terengganu dan hanya tewas satu kerusi di Kedah.
Meskipun dimomokkan dengan pelbagai persepsi dan naratif bagi memburukkan imej Perikatan Nasional, namun rakyat tetap bijak dalam memilih pemimpin yang prihatin kepada nasib mereka.
Dengan rekod bersih serta perkhidmatan cemerlang yang ditunjukkan sehingga sekarang, tidak mustahil untuk Perikatan Nasional meneruskan prestasi cemerlang di tiga buah negeri ini dalam PRN nanti.
Manakala menurut Dr. Halimah Ali, bagi Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang pula sememangnya Perikatan Nasional perlu bekerja dengan lebih keras.
Selain menawarkan pentadbiran PN yang Bersih dan Stabil, kelemahan hubungan PH-BN sekarang pasti akan memberi kesan besar kepada pengundi yang melihat sendiri prestasi mengecewakan kerajaan Anwar-Zahid ini.
"Mereka (rakyat) nak hidup. Tetapi suasana politik tidak stabil (dalam masa sama) mereka dihumban dengan berita tentang rasuah. Mereka mengkaji." -YB Dr. Halimah Ali
Justeru, gelombang perubahan adalah dijangka akan berlaku di tiga buah negeri ini kerana rakyat tidak bodoh dan tidak mudah ditipu oleh ucapan-ucapan bombastik kerajaan yang banyak cakap tak serupa bikin.
Setelah undi mereka dikhianti pada PRU lalu, PRN ini adalah peluang buat rakyat menyatakan suara mereka dan memberi signal kepada kerajaan morat-marit MADANI.
PAS yakin rakyat bersama PN. Rakyat mahukan kerajaan yang bersih dan stabil.
ZURK AHMAD
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
12 April 2023
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-12 07:08:17
#pas
#pas
0 Comments